Khamis, 22 Disember 2011

SBPA DITANGGUH???

SBPA AKHIRNYA DITANGGUHKAN.SILA BACA....

Kecelaruan yang di hadapi oleh penjawat awam berkenaan SBPA..akhirnya membawa kepada penangguhan
tarikh menghantar Borang OPTION SBPA tersebut pada 15hb January 2012.Ini bermakna sistem gaji baru mungkin akan ditangguhkan juga.untuk maklumat lanjut sila baca di bawah...




Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam sehingga 15 Januari depan.
  
Tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun bagaimanapun kekal pada 30 Dis ini, demikian diumumkan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Dr Ismail Alias di Putrajaya.
  
Sebelum ini, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.
  
Dr Ismail berkata pada keseluruhannya, rundingan tersebut mendapat kata sepakat untuk melaksanakan SBPA dan lima isu termasuk 'Exit Policy' yang dibangkitkan oleh Cuepacs turut dibincangkan.
  
"Jadi dalam konteks ini, pendekatan kita ialah melihat kepada beberapa isu yang telah dikemukakan oleh Cuepacs, berbincang dan akhirnya mendapat persetujuan tertentu," katanya.
  
Beliau berkata bagi penjawat awam yang telah pun menandatangani surat tawaran opsyen SBPA, mereka tidak perlu bimbang kerana JPA telah memaklumkan bahawa opsyen SBPA masih berjalan seperti yang ditetapkan cuma tempohnya akan dilanjutkan.
  
Sementara itu, Omar dalam sidang media yang sama berkata rundingan hari ini mencapai kata sepakat yang amat baik dan persetujuan bersama hari ini merupakan jaminan kepada penjawat awam untuk menandatanganinya.
  
- Bernama



 so sama sama kita nantikan apa keputusan terbaru.ok....Demi Kepentingan BERSAMA.

Bank Negara Perkenal Duit Baru..Cantik Dan Bercirikan Malaysia.

Semalam aku saja-saja search di internet pasal Bank Negara.Lepas tu ternampak satu artikal kat Utusan Online berkaitan wang kertas baru yang akan diperkenalkan oleh bank negara pada tahun hadapan.Memang catik woo..macam macam warna...




Kakitangan Bank Negara, Noor Aimah Mohd Nor, 32, menunjukkan nota wang kertas Malaysia RM20 yang terbaru sempena Majlis Pelancaran Matawang Malaysia Terbaru di Kuala Lumpur. Foto: Aizuddin Saad (21/12/2011)









paling menarik duit RM20 tu..lama dah tak ada tetiba ada balik....tak sabar nak dapatkan duit baru ni.

Berita Harian Online | JPA, CUEPACS berunding hari ini

Berita Harian Online | JPA, CUEPACS berunding hari ini

Sejak SBPA bakal di laksanakan pada 1 Januari 2012 kedengaran cakap-cakap orang bahawa terdapat beberapa perkara yang tidak memuaskan hati hampir sekumpulan besar di dalam Perkidmatan Awam.Presiden CUEPACS Dato` Omar Osman telah pun berjumpa Perdana Menteri Dato Sri Najib untuk meminta PM mengarahkan penangguhan tempoh Opsyen SBPA tersebut.Berikut adalah beberapa dan bukti arahan tersebut.

Isnin, 19 Disember 2011

Lampiran C SBPA Yang Masih Menjadi Tanda Tanya.....






 LAMPIRAN C SBPA


Sudah hampir dua minggu penjawat Awam masih berteka teki mengenai lampiran C SBPA yang di katakan
hilang dari website/portal Rasmi SBPA Pekeliling SBPA .Sehingga kini sebahagian besar atau hampir kebanyakan penjawat awam tidak dapat melihat lampiran tersebut.Saya juga tidak tahu mengapa Lampiran Keramat itu tidak di letakkan bersama-sama pekeliling tersebut.Mungkin pihak JPA mempunyai alasannya tersendiri.Setakat hari ini beberapa kawan saya daripada jabatan lain ada yang sudah mula menandatangani Option tersebut.Kepada kawan2 penjawat awam yang lain di sini saya sediakan pautan rasmi Hotline dan portal rasmi berkaitan SBPA.


Download Pekeliling SBPA- UMUM
Download Pekeliling SBPA- GURU


Rabu, 14 Disember 2011

Dividen ASB 2011











Dividen ASB 2011


Lepas balik kerja tadi badan aku betul-betul rasa penat...so sampai je rumah apa lagi terus berguling la atas tilam kesayangan aku tu.Sambil on kan TV depan mata business news TV3 pon kuar lah.tepat pulak ye macam tau2 je rakyat malaysia yang sibuk melabur ASB ni tengah berkira untung dari perlaburan ASB ni...so dalam berita tu di beritahu bahawa kadar dividen asb adalah :

Dividen - 7.65% seunit

Bonus - 1.15% seunit

wah!!!! ini satu peningkatan jika berbanding kadar dividen ASB pada tahun 2010 (7.50% seunit) dan bonus sebanyak (1.25% seunit)

Pastinya khabar berita ni di sambut dengan senyuman kat muka kita semua kan?.........

so pada pelabur- pelabur sedia ada ini lah masa kita untuk menambah jumlah perlaburan kita dan bagi yang dah memenuhkan kuota apa kata melabur dekat skim amanah lain yang ASBN sediakan.Untuk info lebih lanjut sila klik di sini:

banyak sebenarnya manfaat kita melabur ni selain kegunaan peribadi kita juga mampu merancang masa depan kita dengan lebih baik dan terjamin untuk diri sendiri dan orang - orang yang kita sayangi.

Bagi yang masih ragu-ragu tentang Hukum ASB jangan risau sila klik di bawah ni......


http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya


"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus".